Apakah impak/kesan Perjanjian Pangkor kepada masyarakat?
Sejarah
afiqchelsea02
Pertanyaan
Apakah impak/kesan Perjanjian Pangkor kepada masyarakat?
1 Jawaban
-
1. Jawaban Ega1506
Kesan Perjanjian Pangkor
Pembesar-pembesar Melayu sebenarnya terperangkap dengan Perjanjian Pangkor. Mereka tidak dapat melihat kesan yang akan mengikuti terma yang dituntut oleh pihak British ke atas Sultan Perak (dan ke atas pembesar-pembesar Melayu). Sultan Perak dan pembesar-pembesar Melayu tidak memahami bahawa perjanjian ini akan meluputkan kuasa Sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Sultan Abdullah salah faham mengenai terma utama Perjanjian Pangkor mengenai perlantikan seorang Residen. Sultan Abdullah memikirkan bahawa Residen British hanya berkuasa memberikan nasihat kepada Sultan dan bahawa boleh Sultan mengetepikan nasihat yang diberikan oleh Residen.
#semoga membantu